Resipi kuih viral kerbau guling @ kuba guling
Oleh zuraini
Resipi kuih viral kerbau guling @ kuba guling yamg jadi viral di facebook baru baru ni. Kuih kuba guling nk memang dah terkenal dia thailand dan kelantan sebelum ni. Cuma baru-baru ni ianya dibiralkan di media sosial. Sampaikan taukey kuih ni jadi tak menang tangan pelanggan beratur nk membeli.
Kalau tengok sekali imbas kuih kerbau @ kuba guling ni rupanya seakan-akan mcam kuih kaswi. Tetapi rasa kuih ini sebenarnya tak sama dengan kuih kaswi.
Rasa kuih kerbau guling yang berasaskan tepung beras pulut dan tempurung kelapa ini agak unik kerana memiliki tekstur lembut dan rasa berlemak serta cair dalam mulut bila dimakan. Tambah-tambah lagi jika disejukkan dalam peti ais, memang kuih ini sangat enak dinikmati di waktu berbuka.
Bahan-bahan
250gm tepung beras
150 gm tepung jagung
3 sudu besar tepung beras pulut
200 gm gula
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 cawan santan pekat
Air 1 liter setengah
Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
Secubit garam
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.
Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.
Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.
Dah siap!
Ditulis Oleh : zuraini ~ En Biskut
Anda sedang membaca artikel berjudul Resipi kuih viral kerbau guling @ kuba guling yang ditulis oleh Resipi Biskut yang berisi tentang :
Dan Maaf, Anda tidak diperbolehkan mengcopy paste artikel ini.
0 Comments