Resepi Biskut Raya Tanpa Bakar
Oleh nescafeais
Resepi ni sangat senang..rasanya ramai kaum ibu yang tahu...iaitu coklat+cornflakes/bertih beras. Caranya sangat senang..Cuma anda perlu beli coklat buku (bukan coklat masak yg dijual di pasaraya) di kedai menjual bahan2 buat kek/biskut. Contohnya kalau di KL ni (pusat bandar), Kedai Bake With Yen, Lrg Hj Taib. Boleh kata semua kaum wanita pi sana beli... Saya pun pergi juga untuk beli bahan buat pizza dan biskut. Cornflakes/bertih beras pun ada dijual siap..murah sikit jika dibanding di pasaraya.
Cairkan coklat yg telah diparut - 250gm. (double boil). Isi air (1/4)dlm bekas tahan panas dan jerang atas api. Coklat yg telah diparut tadi letak dlm bekas lain yg berasingan dan lebih kecil drp bekas isi air tadi dan letak atas air dlm bekas air tadi dan kacau hingga coklat cair. Dah cair, tutup api dan angkat bekas coklat tu.
Kemudian letakkan cornflakes/bertih sedikit2 dan pastikan jgn terlalu banyak nanti coklat tak lekat kat cornflakes. Boleh juga dicampur buah badam (yg telah diblend kasar - pun dah ada dijual) goreng tanpa minyak dulu. Juga boleh dicampur kismis. Masukkan dalam cup yang comel2 tu yg pelbagai warna dan corak. Kanak2 pasti sukakannya termasuk mak budak..
Itulah yang saya selalu buat utk makan2..caranya cepat. Dalam masa sejam siap hampir 100 cups.
Selamat Menyambut Hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba..
Ditulis Oleh : nescafeais ~ En Biskut
Anda sedang membaca artikel berjudul Resepi Biskut Raya Tanpa Bakar yang ditulis oleh Resipi Biskut yang berisi tentang :
Dan Maaf, Anda tidak diperbolehkan mengcopy paste artikel ini.
0 Comments