.

Resepi Biskut Tutku Yang Lazat Dan Sedap


Resepi Biskut Tutku Bagaimana Caranya?

Biskut tutku, difahamkan berasal dari turkey ini memang enak dengan filing coklat hazelnut. Walaubagaimanapun resepi biskut tutku masih belum diketahui dan menjadi misteri.

Ramai  penggemar biskut ini  mencari resepi dan cara-cara membuatnya.

Kepada sesiapa yang mempunyai resepi Biskut Tutku boleh kongsikan di ruangan komen. Terima Kasih.

Resepi Kek Waffer Mocha Chipsmore



Resepi Kek Waffer Mocha Chipsmore

resepi asal dari food network show- barefoot contessa

bahan: 2 bungkus biskut chipsmore (original)
2 cawan krim putar
1 cawan keju
2 sdk koko
1 sdk nescaffe
1 sdk esen vanila

Cara-caranya:


Masukkan semua bahan kecuali biskut ke dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu. Susun biskut ke dalam loose base tin sapukan krim di atasnya. Ulang langkah yang sama dan lapisan yang akhir ialah krim.
* bagi yang suka manis..tambahkan 1/3cawan gula dalam bahan putar.

resepi asal..Barefort Contessa Recipes

Resepi Kek Karamel Pelangi


Resepi Kek Karamel Pelangi

BAHAN GULA HANGUS:

2Sb gula
Tabur gula dlm loyang n msk ats api hgga cair n bertkr perang.ratakn keslrh dasar loyang.ketepikn.

BAHAN KARAMEL

1/2 tin susu cair
70g gula hls
1/2 st vanilla
3biji kuning telur
-kacau telur n vanilla dgn whisk prlhn2.
-masukkn susu n gula kacau lg hgga gula larut tp perlhn sj.
-tapis kedlm loyang gula hangus td.ketepikn.


ADUNAN KEK

70g gula halus
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyk msk
140g gandum-1st baking powder(diayak bersama)
-pukul telur,minyk & air sampai gebu mengembang & bertukr wrn putih.
-masukkn gula & pukul lg hgga naik skali ganda.
-masukkn gndm skt2 & kacau dgn senduk @ spatula shj hgg sebati.ketepikn.

ADUNAN MERINQUE(ADUNAN PUTIH TELUR)

6 biji putih telur(dr 6biji kuning telur diats)
70g gula hls
1 st cream or tar tar

-putar putih telur hgga berbuih & masukkn gula putar lg hgga adunan kental & kaku iaitu jika diterbalikkn mangkuk,adunan x jatuh.
-mskkn separuh kedlm adunn tepung td kacau perlhn ngn senduk & mskkn separuh lg & kacau hgga btl2 sebati.perlhn2 shj.
-bahagikn adunan 3 bahagian,warnakn dgn 3 wrn.
-tuangkn 1 senduk utk 1 wrn & selang seli dgn wrn berlainan keatas loyang karamel td.(adunan akn terapung)
-bakar dgn kaedah steam bath(masukkn loyang kek kedlm loyang yg lbh bsr yg berisi air panas)
-ltk dlm oven pd rak plg bwh.
-bkr suhu160c dgn api bwh shj 1 jm @ hgg msk
45 min pertama guna api bawah, 15 min setrusnya gna api atas bwh (brgantung pd oven masing2).biarkn kek benar2 sejuk baru di terbalikkn loyang kek.
slmt mncuba

Resepi Banana Muffin Cake


Resepi Banana Muffin Cake

Bahan2nya
6 buah pisang - dilenyit2
400gm tepung naik sendiri - ditapis dulu
Gula pasir - 14 sudu besar, boleh dikurangkan jika perlu 12sudu
220gm - 1 paket mentega - bergaram
1 sudu teh - Essence Vanilla
2 biji telur

Cara2nya
Panaskan kuali, cairkan mentega, bila sudah cair, tutup api. Di basin atau mangkuk besar, letakan gula, telur dan essence vanilla. Pukul adunan ini hingga sebati. Kemudian tuangkan tepung dan gaulkan hingga sebati masukan pisang yang sudah di lenyitkan. Sediakan dulung perbakar dan paper cup, isikan adunan-nya kedalam cup sebanyak 3/4 suku cup. Panaskan oven suhu 160C, letakan dulung ditengah oven setkan timer oven selama 20mins. Biarkan ia masak atau bila dicucuk dengan lidi, lidinya bersih bila dikeluarkan.

RESEPI PUDING TRIFFLE


RESEPI PUDING TRIFFLE

BAHAN KEK SPONGE
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla


BAHAN JELLY :
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan..

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gula hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi,
Susun kek dalam bekas..Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur buah koktail. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...

Resepi Donut Nutella Dan Nestum


Resepi Donut Nutella Dan Nestum

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara 

Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.

Bahan sapuan:

Nutella
Nestum

Cara menbuatnya:

Belah donut sampai putus 2,sapu nutella seluruh belahan donut,tabur nestum,tutup donut kembali,sapu di atas permukaan donut dengan nutella dan tabur nestum sehingga merata.rasa donut yang terlazat dengan gabungan nutella dan nestum

Resepi Choc Fudge Brownies


Resepi Choc Fudge Brownies

1 1/4 cawan butter (saya guna minyak jer)
4 biji telur (sy guna gred A)
2 cawan gula (sy guna gula castor dan sy kurangkan sukatannya)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh vanilla
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan kekacang jika suka ( sy gantikan dengan dark choc yg dipotong kecil)

Panaskan oven pada suhu 170 darjah.

Alas acuan berukuran 9x 13 inci dengan kertas minyak. Lebihkan kertas tersebut biar tinggi sedikit dari acuan supaya mudah untuk keluarkan brownies nanti.

Cairkan butter atas api sederhana dan masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati.


Masukkan gula dan kacau sebentar (tak perlu kacau hingga gula larut..cukup sekadar adunan sebati)

Kalau adunan masih panas, tunggu biar sejuk sedikit dan masukkan vanilla dan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau hingga sebati.

Masukkan tepung dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.

Bakar lebih kurang 30 minit hingga masak. Sejukkan sebelum letakkan topping di atasnya.

Nota: sy ubah sedikit cara membuat brownies ni sebab sy hanya gunakan minyak menggantikan butter. Cara saya: satukan gula, telur dan vanilla. Kacau hingga sebati. Masukkan vanilla, sedikit garam (resipi asal tk guna garam sebab guna butter), dan minyak. Kacau lagi biar sebati. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk koko. Gaul rata. Akhir sekali masukkan kekacang.

Choc Ganache:
(Boleh tambah atau kurangkan kuantiti krim mengikut kepekatan yang dikehendaki)

125 g dark choc -potong kecil
1oo ml nondairy cream
Sedikit minyak atau butter jika suka

Masukkan coklat yang dipotong ke dalam bekas tahan panas dan ketepikan. Panaskan krim hingga mula mendidih. Angkat dan tuangkan ke atas coklat tadi. Biar seminit dan Kemudian kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan sedikit minyak atau butter dan kacau. Biar pada suhu bilik hingga pekat sedikit dan sapu/tuangkan ke atas brownies.

RESIPI SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS


RESIPI SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS

Bahan-bahan ayak :

280 gm (2 1/4 cawan) tepung rose 10 gm (3 tsp) serbuk koko gelap aka dark choc/biasa(nak sedap, pilih yg ader brand can Van Houton ker)
2 Tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 Tbsp susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega
150 gm gula kastor(100grm gula kastor n 50 gram gula merah pun sedap)
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm (1/2 cawan) coklat chip
100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional


Cara-cara :
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

Masukkan kuning telur dan pukul rata.

Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.

Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.

Selepas buat bentuk bebola doh cookie tadi...leperkan...lebih cepat masak..

Kemudian hiaskan biskut anda dengan M & M atau Chocolate Chips

Panaskan oven 150c atau ikut kesesuaian oven anda.

Masukkan cookies dalam oven. Biar dalam 15 ke 20 minit..kalau buat kecil-kecil lagi cepat masak.Selalunya, bila berbau wangi , maknanya cookies dah pun masak.

Masa keluar dari oven, cookies akan lembik, tapi bila di tolak dengan pisau cookies tu bergerak..biarkan sejuk dan ia akan mengeras dgn sendiri..

Kalau masih ada bahagian yg lembik jugak walaupun dah sejuk (selalunya bahagian tengah) masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit lagi..

Resepi Kek Minyak


KEK MINYAK

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder.
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
pewarna

Cara-cara
1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.
5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Resepi Caramel Macchiato Cheesecake


Caramel Macchiato Cheesecake
Oleh : Noor Abdul Rahim

Bahan-bahan:
2 cawan biskut digestive - dihancurkan
1/2 cawan butter - cairkan (115g)
670g cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula (200g) - boleh kurangkan sekiranya tak suka manis sangat
3 biji telur
150g yogurt putih low fat
1/4 cawan (60ml) air kopi pekat tanpa gula
2 sudu kecil esen vanila

Bahan caramel sauce:
85g butter
3/4 cawan brown sugar
1 sudu besar air
secubit garam
85ml susu cair (evaporated milk/creamer)
1/2 sudu kecil esen vanila


Cara-cara:
1. Satukan biskut digestive & butter cair. Gaul rata.
2. Terapkan biskut kedalam acuan. Bakar selama 8 min pada suhu 175 darjah celcius.
3. Pukul cream cheese sehingga kembang.
4. Masuk kan gula sedikit demi sedikit sehingga selesai.
5. Masuk kan telur sebiji demi sebiji, teruskan memukul.
6. Setelah kembang & sebati, masuk kan yogurt, air kopi & esen vanila. Gaul rata.
7. Turunkan suhu oven kepada 165 darjah celcius.
8. Tuang adunan creamcheese keatas base yg telah dibakar selama 8 minit tadi.
9. Balut acuan dengan aluminium foil.
9. Masuk kan acuan kedalam oven & bakar pada suhu 165 darjah celcius selama 1jam 5 minit melalui cara water bath (bain marie)
10. Bila cheesecake dah ready, tutup api oven & biarkan cheesecake di dalam oven selama 15 minit tetapi renggangkan pintu oven sedikit.
11. Selepas 15 minit, keluarkan cheesecake dari oven & renggangkan cheesecake dari tin pembakar, gunakan pisau kecil. Biarkan hingga agak sejuk sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk sekurang kurangnya 8 jam sebelum dihidangkan.
12. Cara membuat caramel sauce, satukan butter, brown sugar, air & garam.
13. Didihkan selama antara 5 minit sepanjang masa jgn berhenti kacau supaya tak hangus.
14. Setelah dialihkan dari api, perlahan-lahan tuangkan susu cair & esen vanila. Kacau rata. Biarkan betul betul tidak panas sebelum dituangkan keatas cheesecake.

** sebutan macchiato ialah " makhiyato " bila puan puan order macchiato di cafe inilah cara menyebutnya

** water bath / bain marie - masuk kan acuan kedalam bekas yg berisi air panas
Back to top