Resepi Caramel Macchiato Cheesecake


Caramel Macchiato Cheesecake
Oleh : Noor Abdul Rahim

Bahan-bahan:
2 cawan biskut digestive - dihancurkan
1/2 cawan butter - cairkan (115g)
670g cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula (200g) - boleh kurangkan sekiranya tak suka manis sangat
3 biji telur
150g yogurt putih low fat
1/4 cawan (60ml) air kopi pekat tanpa gula
2 sudu kecil esen vanila

Bahan caramel sauce:
85g butter
3/4 cawan brown sugar
1 sudu besar air
secubit garam
85ml susu cair (evaporated milk/creamer)
1/2 sudu kecil esen vanila


Cara-cara:
1. Satukan biskut digestive & butter cair. Gaul rata.
2. Terapkan biskut kedalam acuan. Bakar selama 8 min pada suhu 175 darjah celcius.
3. Pukul cream cheese sehingga kembang.
4. Masuk kan gula sedikit demi sedikit sehingga selesai.
5. Masuk kan telur sebiji demi sebiji, teruskan memukul.
6. Setelah kembang & sebati, masuk kan yogurt, air kopi & esen vanila. Gaul rata.
7. Turunkan suhu oven kepada 165 darjah celcius.
8. Tuang adunan creamcheese keatas base yg telah dibakar selama 8 minit tadi.
9. Balut acuan dengan aluminium foil.
9. Masuk kan acuan kedalam oven & bakar pada suhu 165 darjah celcius selama 1jam 5 minit melalui cara water bath (bain marie)
10. Bila cheesecake dah ready, tutup api oven & biarkan cheesecake di dalam oven selama 15 minit tetapi renggangkan pintu oven sedikit.
11. Selepas 15 minit, keluarkan cheesecake dari oven & renggangkan cheesecake dari tin pembakar, gunakan pisau kecil. Biarkan hingga agak sejuk sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk sekurang kurangnya 8 jam sebelum dihidangkan.
12. Cara membuat caramel sauce, satukan butter, brown sugar, air & garam.
13. Didihkan selama antara 5 minit sepanjang masa jgn berhenti kacau supaya tak hangus.
14. Setelah dialihkan dari api, perlahan-lahan tuangkan susu cair & esen vanila. Kacau rata. Biarkan betul betul tidak panas sebelum dituangkan keatas cheesecake.

** sebutan macchiato ialah " makhiyato " bila puan puan order macchiato di cafe inilah cara menyebutnya

** water bath / bain marie - masuk kan acuan kedalam bekas yg berisi air panas
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+

Ditulis Oleh : nescafeais ~ En Biskut

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Resepi Caramel Macchiato Cheesecake yang ditulis oleh Resipi Biskut yang berisi tentang : Dan Maaf, Anda tidak diperbolehkan mengcopy paste artikel ini.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Back to top