Iklan Raya Dan Projek Iqra' Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim
Sangat menyentuh hati apabila menonton video iklan raya ini. Mengisahkan Ahmad dan Fizi merupakan anak yatim memulakan perjalanan ke Segamat dan menghadapi pelbagai cabaran balik ke kampung untuk pergi menziarahi pusara ibunya.
Tak dapat dinafikan ramai yang sedih dan menangis dan sebagainya. Adalah lebih baik jika mesej iklan ini difahami sedalam-dalamnya oleh kita.
Bantulah mereka yang memerlukannya. Melalui Projek Iqra� akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.
Jika tahun lalu dua buah rumah anak yatim diraikan dalam program Shopping Raya, pada tahun ini jemputan istimewa ini dipanjangkan kepada 4 buah rumah di 4 buah negeri melibatkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU.
Dijangka program ini akan melibatkan seramai 133 orang sukarelawan
Rumah Yang Teribat Adalah Tahun Ini Adalah Seperti Berikut
1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor)
3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah)
Terdapat 3 cara bagaimana anda semua boleh menjayakan projek ini:
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkam .
3. Menyebarkan informasi projek di Facebook dan media sosial yang lain supaya lebih ramai orang mengetahuinya
Untuk maklumat lanjut bagaimana tuan puan menjayakan Projek Shopping Raya ini boleh layari PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA� SEMALAYSIA di http://www.projekiqra.com/
Halaman Facebook Projek Iqra' https://www.facebook.com/ProjekIqra
Semoga mendapat barakah Allah dari setiap bantuan yang tuan-tuan dan puan-puan sumbangkan.