Kad Kahwin Cantik Dan Unik



Kad kahwin merupakan suatu medium untuk menyampaikan sesuatu undangan majlis perkahwinan. Kebiasaanya di dalam kad kahwin mengandungi nama pengantin, nama ibu bapa pengantin, tarikh majlis perkahwinan, alamat majlis dan di sertakan peta ke tempat diadakan majlis perkahwinan.

Pada zaman dahulu undangan majlis perkahwinan disampaikan melalui mulut ke mulut kepada saudara mara dan jiran tetangga. Jika ada kad undangan pun hanyalah menggunakan kertas bersaiz A4 kemudian di fotostat dengan jumlah yang banyak. Bagaimanapun pada ketika itu kos untuk percetakakan masih lagi mahal.

Seiring dengan perubahan zaman, kad kahwin mengalami perubahan dari segi rekabentuk, material kertas dan juga kemasan. Dari segi design kad kahwin tidak tertumpu kepada rekaan tradisi, kini kad kahwin semakin banyak rekaan yang kreatif seperti kad kahwin kartun, kad kahwin floral dan ada juga rekaan yang mengikut trend seperti kad kahwin facebook , Google lain-lain.

Walaupun maklumat dapat disampaikan dengan pantas melalui media social, kad kahwin masih lagi perlu dan melambangkan keikhlasan yang menjemput selain memberi gambaran majlis yang bakal di adakan nanti.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+

Ditulis Oleh : nescafeais ~ En Biskut

Muh.Akram Anda sedang membaca artikel berjudul Kad Kahwin Cantik Dan Unik yang ditulis oleh Resipi Biskut yang berisi tentang : Dan Maaf, Anda tidak diperbolehkan mengcopy paste artikel ini.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Back to top