Kad Kahwin Cantik Dan Unik



Kad kahwin merupakan suatu medium untuk menyampaikan sesuatu undangan majlis perkahwinan. Kebiasaanya di dalam kad kahwin mengandungi nama pengantin, nama ibu bapa pengantin, tarikh majlis perkahwinan, alamat majlis dan di sertakan peta ke tempat diadakan majlis perkahwinan.

Pada zaman dahulu undangan majlis perkahwinan disampaikan melalui mulut ke mulut kepada saudara mara dan jiran tetangga. Jika ada kad undangan pun hanyalah menggunakan kertas bersaiz A4 kemudian di fotostat dengan jumlah yang banyak. Bagaimanapun pada ketika itu kos untuk percetakakan masih lagi mahal.

Seiring dengan perubahan zaman, kad kahwin mengalami perubahan dari segi rekabentuk, material kertas dan juga kemasan. Dari segi design kad kahwin tidak tertumpu kepada rekaan tradisi, kini kad kahwin semakin banyak rekaan yang kreatif seperti kad kahwin kartun, kad kahwin floral dan ada juga rekaan yang mengikut trend seperti kad kahwin facebook , Google lain-lain.

Walaupun maklumat dapat disampaikan dengan pantas melalui media social, kad kahwin masih lagi perlu dan melambangkan keikhlasan yang menjemput selain memberi gambaran majlis yang bakal di adakan nanti.

Resepi Biskut Aiskrim Strawberry



Bahan-Bahan

260 gm butter
120 gm gula icing
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
40 gm tepung ubi
1/2 sudu teh baking powder
40 gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
2 sudu teh strawberry emulco
sedikit pewarna pink/merah
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan

Cara-Caranya

- Pukul butter dan gula sehingga kembang.
- Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. - - Gaul rata sehingga menjadi doh.
- Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
- Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak.
- Biarkan biskut benar2 sejuk, barulah celup dngn coklat cair.
-  Celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
= Hias biskut ikut creativiti anda.

Resepi Biskut Aiskrim Nestum



Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum
70 gm tepung kastad
160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
75 gm gula halus
180 gm butter
1 biji telur
1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai


Cara-cara:

- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
- Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.
- Masukkan telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
- Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.
- Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
- Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

Back to top