Resepi Kek Gula Hangus
Oleh nescafeais
Kek Gula Hangus
Bahan- bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega
Cara Membuat:
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7?x7? dan perap adunan selama 3 � 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 � 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).
Ditulis Oleh : nescafeais ~ En Biskut
Anda sedang membaca artikel berjudul Resepi Kek Gula Hangus yang ditulis oleh Resipi Biskut yang berisi tentang :
Dan Maaf, Anda tidak diperbolehkan mengcopy paste artikel ini.
0 Comments