Resepi Biskut Coklat Collata
Oleh nescafeais
BAHAN A:
250 gm tepung gandum
75 gm gula aising
110 gm mentega
BAHAN B:
1 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bahan A digaul hingga sebati (menjadi serbuk roti).
2. Masukkan bahan B, gaul hingga menjadi doh. Rehatkan adunan 15 minit, selepas itu, canai�kan doh dan masukkan ke dalam acuan tat yang kecil.
3. Bakar pada suhu 150 0C hingga masak. Apabila masak, sejukkan dan celup biskut ke dalam coklat collata yang telah dicairkan secara double boiler. Hiaskan dengan coklat putih.
BAHAN BISKUT:
BAHAN A:
140 gm mentega
20 gm crisco
40 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil cappucino emulco
BAHAN B:
180 gm tepung gandum
Secubit serbuk penaik
20 gm tepung jagung
20 gm tepung kentang
1 sudu kecil susu tepung
BAHAN C:
50 gm coco crunch (kisar halus)
20 gm kacanga tanah (kisar halus)
50 gm coklat urai (kisar halus)
BAHAN HIASAN:
Kacang hazel untuk inti (bakar dan buang kulit) Coklat collata
CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar bahan A selama 5 minit. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.
2. Masukkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Rehatkan selama 20 minit, bulat-bulatkan dan masukkan kacang hazel dan bakar hingga masak.
3. Sejukkan dan celupkan biskut dengan coklat collata dan letakkan atas pastri yang dibentuk seperti kulit tat.
Ditulis Oleh : nescafeais ~ En Biskut
Anda sedang membaca artikel berjudul Resepi Biskut Coklat Collata yang ditulis oleh Resipi Biskut yang berisi tentang :
Dan Maaf, Anda tidak diperbolehkan mengcopy paste artikel ini.
0 Comments